NASARUDDIN RAIS

Majlis Memperingati Tokoh Kemerdekaan Nasaruddin Rais

9/20/2020

 
Picture
Picture
Pada 16th September 2020, satu Majlis Memperingati Kemerdekaan Nasaruddin Rais telah diadakan di rumah pusaka beliau di Padang Tenggala, Bota Kanan, Perak. 

Majlis yang telah dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohammed juga merupakan ADUN kawasan tersebut , En. Nordin Abdul Malek , Pengerusi IGROW Perak , Dr Mardiana Nordin, Pensyarah Kanan Fakulti Sejarah Universiti Malaya, Sarjan Mejar Zaman, Timbalan Ketua Polis Balai Bota, Puan Rozalina Che Roslan, Pegawai Daerah Perak Tengah, waris Nasaruddin dan Abdul Rais, rakan media, pengusaha IKS Perak Tengah dan orang kampung sekitar Bota Kanan. 

Berikut adalah teks ucapan waris Allhayarham Nasaruddin , Datin Fatimah Nasaruddin yang telah disampaikan oleh anaknya Kartini binti Kamalul Ariffin ( cucu Nasaruddin) mewakili Fatimah. 

Bismillah….
 
Assalamuaikum dan selamat tengahari saya ucapkan kepada 
 
  1. YANG BERBAHAGIA (YB) KHAIRUL SHARIL B MAHAMED, ADUN BOTA N40
  2. WARIS KULOP DERAIS (ABD RAIS) YANG HADIR  
  • PUAN HAJJAH HUZAIMAH BT ABDUL RAIS, ADIK BONGSU PADA ALLAHYARHAM NASARUDDIN 
  • DATIN FATIMAH NASARUDDIN , ANAK KE-3 NASARUDDIN  
  • DATIN NOREHAN BT BAKRI ( MEWAKILI KELUARGA ALLAHYARHAM DATO SRI BAKRI RAIS) 
  • TUAN HAJI NGAH AHMAD HAJI HASNAT ( MEWAKILI KELUARGA ALLAHYARHAM DATO HAJI HASNAT ABD RAIS
  • PUAN YASMIN HOESNI (ANAK ALLAHYARHAM HOESNI NASARUDDIN) 
  • EN ERMIE TAMBRIN (ANAK ALLAHYARHAM THAMBRIN NASARUDDIN) 
  • TUAN HAJI JAMALUDDIN (MEWAKILI KELUARGA ALLAHYARHAM HAJI HASSAN ABD RAIS) 
  • TUAN HAJI ISMAIL HARUN MEWAKILI KELUARGA ALLAHYARHAM THE ZAD
  • SAUDARA AZMIN AMIN SARJI MEWAKILI KELUARGA AMIN SARJI AND RAIS YANG TIDAK DAPAT HADIR KERANA UZUR = MELALUI IBU SAYA TOK SHA KIRIM SALAM PADA SEMUA DAN MOHON MAAF TIDAK DAPAT HADIR. 

  • YANG BERUSAHA EN NORDIN ABDUL MALIK, PENGARAH EKSEKUTIF IGROW 
  • DR MARDIANA PENSYARAH KANAN FAKULTI SEJARAH, UM
  • AHLI KONVOI PELANCONGAN WARISAN DAERAH PERAK TENGAH
  • AHLI KELUARGA YANG DEKAT & JAUH, CUCU-CUCU, CICIT -CICIT NYA
  • ORANG KAMPUNG PADANG TENGGALA DAN KAWASAN SEKITARNYA.
  • TUAN-TUAN & PUAN-PUAN SEKALIAN 
Saya Kartini binti Kamalul Ariffin, cucu Allahyarham Nasaruddin dan anak ke-2 kepada Datin Fatimah Nasaruddin , mewakili ibu saya untuk menyampaikan ucapan penghargaan pada majlis kita pada hari yang bahagia ini. Mak saya mewakilkan saya kerana merasa sangat sebak dan terharu atas acara hari ini , jadi saya akan menyampikan nukilan rasa yang sudah ibu saya sediakan untuk majlis hari ini. 

Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah berkat dan keizinan daripada-Nya, dapatlah kita bersama-sama di majlis perasmian Mini Galeri Tokoh Kemerdekaan Allahyarham Nasaruddin bin Abd Rais  yang diadakan buat julung-julung kalinya ini. 

Kami juga merasa amat gembira dan bersyukur, bukan saja dapat bersama-sama dalam majlis yang cukup bersejarah ini, malah majlis hari ini telah mengumpulkan juga ramai ahli keluarga yang jauh dan dekat , waris Allahyarham Abd. Rais. 

Ramai juga yang baru berkenalan pada hari ini seakan-akan satu perjumpaan REUNION keluarga. Saya juga ingin memaklumkan disini , pada 21/8 yang lepas , bapa saudara saya  Tuan Haji. Hoesni Nasaruddin telah meninggal dunia di Hospital KPJ Damansara disebabkan komplikasi jantung. Beliau merupakan anak sulong Allayarham Nasaruddin. Mohon kita sedekahkan al-fatihah kepada.
T
erima kasih. Moga roh Tuan Haji ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

Tuan- tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, 

Inilah rumah pusaka Kulop Rais yang dibina sekitar 1900, dan disinilah Tok Nasaruddin dibesarkan.  Tok kami, Allahyarham Nasaruddin telah pun pergi lebih 67 tahun yang lalu. Mungkin ada yang tidak tahu tentang tragedy yang menimpa beliau ketika berusia 39 tahun. Tok , dalam perjalanan ke Coppenhagen menaiki pesawat pada  tahun 1953 untuk menghadiri satu Sidang Getah Asli sedunia.   Pesawat yang berlepas dari Singapura tersebut telah terhempas di Calcutta India kerana cuaca buruk. Kesemua 43 anak kapal juga turut terkorban. Ketika itu ibu saya  masih kecil berusia lebih kurang 5 tahun. Pemergian ayahanda membuatkan ibu tiada peluang mengenali wataknya dengan lebih dekat. 

Tidak banyak peristiwa bersama Nasaruddin yang ibu ingat . Bila saya bertanya apakah kenangan manis bersama ayahnya, Nasaruddin 
Dalam sedu sedan ibu bercerita ….

“ Pagi Tok Nasaruddin nak berangkat ke Copenhagen itu dia peluk Mak dan bertanya , Timah nak apa ? Anak kecil itu menjawab dengan riang “ Bapak, Timah nak kasut” Tanpa menduga itulah kali terakhir Mak menatap wajah ayah kesayangannya.

Kasut yang dipesan tak pernah tiba malah kasut menjadi simbolik hidup Mak, seolah-olah tiada berkasut zaman kanak-kanak yang emosi, sangat mencabar membesar tanpa belaian ayah dan ibu disampingnya. Selepas pemergian Nasaruddin , nenek Samsiah Hanafi telah pulang ke Alor Setar , dan Mak dibesarkan oleh datuknya Abd Rais dan ninda Hamidah Karim di Ipoh. 

HUBUNGAN NASARUDDIN DAN AHLI KELUARGA ABD RAIS
Mak berkesempatan berbual dengan Tok Sha ( Amin Sarji Abd Rais) dan Tok Su ( Huzaimah Abd Rais) mengenai perwatakan Nasaruddin ….
“ He was a perfectionist (pentingkan kesempurnaan), begitulah kata Tok Sha. “ Dia bijak, berani, berwawasan” 

Contoh : Nasaruddin sangat mementingkan ilmu. Ketika beliau tinggal di Ipoh, beliau telah membawa adiknya seperti Bakri & Hasan tinggal di rumah kedai berdekatan rumahnya untuk belajar & bekerja. Nasaruddin juga membawa adiknya Amin Sarji dan 2 orang anak orang Kampung , Allahyarham Haji Mohd Nor Ismail & Haji Samad  tinggal bersamanya. 

Untuk disekolahkan di Sekolah Anglo Chinese School Ipoh. Tujuannya supaya supaya mereka belajar bukan saja menimba ilmu juga dapat bergaul dengan bangsa lain terutama orang Cina yang merupakan 99% pelajar sekolah itu. 
 
Beliau sangat senang didekati dan mesra dengan orang kg. Kata nenek saya Hajah Samsiah kepada Mak , dia sangat murah hati dan merupakan seorang dermawan. “Pak hang tu kalau kampung mai, habis kain pelikat satu almari dia huloq” 

Allahyarham Nasaruddin merupakan anak kesayangan , Abdul Rais dan Hamidah, kerana perwatakannya yang baik , hormat orang tua dan kasih saying pada mereka. Walaupun sebagai ahli politik yang sentiasa sibuk menghadiri menyuarat dan berjumpa orang kampung, Nasaruddin tetap akan singgah dirumah ini untuk bertemu ayah dan ibunya. 

Oleh kerana watak beliau yang amanah dan berwawasan tinggi , banyak asset Abd Rais diuruskannya. Tapi apa kan daya, Allah lebih sayang pada Nasaruddin, pemergian Nasaruddin , membuat keluarga Abd Rais lumpuh seperti burung patah sayap, orang buta kehilangan tongkat. 

Hilanglah permata yany bersinar dalam keluarga Abd Rais. Ini membuatkan Abd Rais patah hati dan merajuk dan meninggalkan Padang Tenggala . Beliau dan isteri membawa diri dan tinggal di Ipoh, hingga akhir hayat mereka. 
 
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. 
Dengan adanya rumah warisan dan Mini galeri Nasaruddin ini, mengingatkan kita pada jasa - Allahyarham Nasaruddin. Ia memberi peluang dan ruang ahli keluarga dan penduduk Kg Padang Tenggala dan kampung-kampung sekitarnya mengenali Nasaruddin dan perjuangan kemerdekaannya. Harap ianya dapat merapatkan lagi silaturahim antara kita. 

Kepada anak-anak muda, contohi lah kepimpinan Nasaruddin, yang buruk dijadikan sempadan, dan yang baik jadikan tauladan.

Galeri ini dapat menjadi Perkampungan Warisan Melayu Perak Tengah. Ianya dapat memberi impak kampung ini dan sekitarnya. Semoga warisan kulop Derais menjadi sebahagian Ikon penting pakage pelancongan Perak Tengah, melengkapiProduk Mukim lain, seperti IGROW Pulau Tiga.

Hadirin sekalian, 

Para hadirin sekalian, 
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana initiative yang sangat bersejarah ini, untuk menghidupkan semula warisan ini setelah 67 tahun Nasaruddin meninggal dunia. 

Ribuan terima kasih kepada, keluarga Allahyarham hj Hasnat, sebagai Tuan Rumah dan penglibatan mereka yang berterusan menjayakan projek ini. 
Ucapan terima kasih khusus untuk Cik Rubiatun Hasnat atau Kak Ton penghuni tetap rumah warisan ini dari dulu hingga kini. 

Terima kasih juga kerana Kak Ton menjaga, memelihara dan menceriakan rumah ini, sekian lama. Allamdulilah semoga Allah merahmati usaha murni semua pihak. 

Bagi pihak keluarga ini saya menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya terkasar bahasa, dan jika terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan. 
Yang sempurna itu dari Allah , yang kurang itu dari kami. Sekian, terima kasih. 


2 Comments
Nita Bakri
7/23/2022 09:43:12 am

Proud reviews on family history salute to all

Reply
kartini Ariffin
7/24/2022 01:29:37 am

Thank you Nita for reading and visiting this website, dedicated to our Tok and family - Kartini

Reply



Leave a Reply.

    Pengarang

    Kartini Kamalul Ariffin

    Archives

    September 2020

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Keluarga / Family
  • Mini Galleri Nasaruddin
  • Sejarah Rumah Pusaka
  • Galeri Gambar
  • Media
  • Home
  • Keluarga / Family
  • Mini Galleri Nasaruddin
  • Sejarah Rumah Pusaka
  • Galeri Gambar
  • Media